NUFFNANG

Ahad, 15 November 2009

KENAPA KITA DIUJI

KITA BERTANYA : Kenapa AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : Kenapa rasa FRUST?
QURAN MENJAWAB

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWABKITA BERTANYA

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"
... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Malam Lailatul Qadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR

Ujian hidup

HIDUP kita memang penuh dengan dugaan dan ujian.Sesungguhnya apa saja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu.Dalam menghadapi ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati terbuka serta penuh reda.
Dalam kitab Jami’ al-Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah”.
Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan dengan penuh ketakwaan dan kebijaksanaan.Sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita.

Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan menguji kesabaran dan keredaan, menguji kadar keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimanakah caranya kita mengetuk pintu rahmat-Nya dengan hati yang khusyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.
Renungilah kata-kata Abdul Kadir al-Jailani kepada anaknya: “Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, takdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai”.

Renungkan lah

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

cm nie ke kbur islam..



 

sendiri tanggungla..



 

xpsal2 ilag 1 jri..nsib2..

kurang pandai..

ni la akibat kalau xde ilmu dlam agame..amek ringan jer..solat dah bgus..tapi........




kubur terpelik di dunia


 
 

org gaji yg giler..




 

org gji dy mmg giler..so korg xpyah la amek org gji ea..

Kata-Kata Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Sabtu, 14 November 2009

Warkah Buat Mak

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang
hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni
Sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi
jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam
tikar mengkuang 3helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar
tuu.....
tanpa rasa mengantuk,
tanpa rasa letih..... kakak pun rasa
hairan..... mak
tak penah buat
gitu..... pastu mak pasang radio kecil
di sebelah
mak..... tapi mak
seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu
Siaran siam..... kengkadang
siaran indonesia... mak terus tekun
menganyam...
Rupanya tikar yang telah
mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak
biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak
diletakkan.. paling
menarik sekali mak
bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak.. ada kat dalam
almari..... ada kat dalam beg..... ada dalam
ASB..... ada kat
dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa
cukup
lagi.... ada kat dalam
gulung tikar..... masa tu mak perasan
takk..??
kiter
gelak sakan bila
mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata
mak
ni memang pesen
lama laaa... mak cuma gelak jer...
eemmm..bahagianya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari
KL.....mak dah
dalam kesakitan. Akak dan
abang kat kampong semua dah pujuk..... mak
tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja
yang belum
pujuk... Mak kata mak
takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter
berkeras juga pujuk.. nanti
di hospital ada doktor...ada ubat untuk
mak.. kat
rumah kami hanya mampu
sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak
bersetuju... ..mak memang
degil... tak salah, anak mak yang ni pun
mengikut
perangai mak tu.. Tapi
akhirnya bila melihat keadaan mak makin
teruk....
mak sakit perut sampai
nak sentuh perut mak pun sakit kami adik
beradik
sepakat hantar juga mak
ke hospital.... .

Mak.....
ampunkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital....
ampunkan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan
itulah
pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter... Masih
terbayang
betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta.... Mak
asyik tanya
ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab
pula...kalau tak
cukup, mak kan
banyak duit... mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila
kereta kiter
sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter
eksiden
Terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning
kakak kiter
jangan sesekali bgtau
kat mak..... Bila balik sahaja
kampung....kiter
cepat-cepat simpan keta
dalam garaj..... Tapi mak perasan juga
bumper
depan kemek...mak tanya
kenapa...? Selamba jerr kiter jawab
terlangar
pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak
risau... Maafkan kiter
kerana sampai mak pergi mak tak tau hal
sebenar... mak, kiter menipu mak
kan...ampun kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital.... nurse
tengah balut mak
dengan kain
putih..... mak mesti nampak kiter jatuh
terduduk di
lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa
untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk
kat
kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann.
.kannn
Mak tau tak.... Pagi tu
balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter
mamandu
dalam keadaan separuh
sedar... Adik kat sebelah diam melayan
perasann... Kenangan bersama mak
berputar dalam kepala ini... jalan di
depan terasa
makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu
seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela... Namun
alhamdulillah akhirnya
kiter sampai
juga... disebab kan pagi masih awal,
jadi jalan tu
lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu
gitu...dinginnnn. ...

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca Al-Quran kat tepi mak
temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak dimandikan.. ..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak
perasan tak...? Makcik yang
mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia
kata..."
dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.." Bila
makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju
airmata ni..tapi
kiter kawal
supaya tak menitik Atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai
sembahyang
subuh, kiter baca yassin
untuk mak.mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap
wajah mak buat kali
terakhir.... Semua orang kata mak seolah2
senyum aja... Mak rasa
tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa
sejukkkk sangat dahi
makk..... Kiter tak mampu nak cium
mak...kiter
tak
daya.... kiter
tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak
dengan air
mawar... Airmata kiter
tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan
yang anak
mak ni jadi imam solat
jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok
imam
bacakan doa sebab kite
sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung
keluar
dari rumah.... Akak pula
dah terkulai dlm pelukan makcik... badan
akak
terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu
demam.... Mak
tauu...cuma akak sorang
saja anak mak yang tak mengiringi mak ke
tanah
perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh
kata setiap
malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata... Dan sampai
satu tahap....masa tu malam
jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca
Yassin ngan kawan-kawan. ...
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan
gambar2 mak pastu apa
lagi... semakin kiter tenung terasa semakin
sayu...tangisan tak dapat
dibendung... Mak tauu...kiter cuba
bertahan...
memujuk diri sendiri tapi
tak juga reda... Kiter rasa nak telefon
mak... nak
cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan
akhirnya dalam sedu sedan
itu kiter telefon kampung... Kiter cakap
dengan
kakak..kiter nangis
lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak
kata..."
tak baik laa nangis
aje..doalah untuk mak..nanti kalau gini
ajer mak
yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak
nampak adegan tu... sebab
malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2
nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa
menusuk
sehingga ke hulu hati... rasa nyilu
sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit
dalam dada ni.... Sampai
sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya
sedekah al-fatihah kiter
berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik
motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan
pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat
ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat
kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain
baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama
tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter... memberi seluruh kasih
sayang dari kecil sampai
masuk sekolah.. sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rase naik
kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara
orang... Sampai akhir hayat
ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

pilih sahabat

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis- LAA
HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana
pesanan
al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada anaknya:


a.. Pertama, pilihlah sahabat yang suka
melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan
nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.


a.. Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila
engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia
suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada
pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).


a.. Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila
engkau menghulurkan
tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia
suka menerima dengan rasa
terharu
dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan
dirimu
ia suka menutupinya.


a.. Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau
meminta sesuatu
daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula
menyapamu dulu dan jika ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa
dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.


a.. Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata,
ia suka membenarkan ucapan
dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau
engkau mengemukakan sesuatu
persoalan
yang berat dia suka mengusahakannya dan jika
engkau berselisih dengannya,
dia
suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam
dapat dilaksanakan
bersama-sama
sahabat yang mulia.

Panduan Solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".


Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku ber-wudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku
seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.


MUTiARA KATA

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Male Vs Female ..


Assalamualaikum semua,

Baguslah kalau kita sudah tahu akan
perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku
apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan
saya juga ingin tambah iaitu betapa
beratnya menjadi seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa
sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggong-jawab keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, menakala perempuan
tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggong oleh suaminya.
BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri,
ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi
suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu tanggong. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggongnya sepert gunung dengan semut.
Itu sebab nya mengikut kajian nyawa
orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak
larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu
kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding
lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan
bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana
masalah haid dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita
perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih
utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak anak. Wanita
perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia
didoakan oleh segala haiwan,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala
dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. (betulkan jika saya
tersilap). Seorg lelaki perlu pergi
berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.
MasyaALLAH...
sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?


Detik-Detik Rasulullah Dijemput

Ada sebuah kisah tentang cinta yang
sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi
itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara
terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam
kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.
Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
Qur'an dan sunnahku. Barang siapa
mencintai sunnahku, bererti mencintai
aku dan kelak orang-orang yang
mencintaiku, akan masuk syurga
bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan
pandangan mata Rasulullah yang tenang
dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan
berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman
menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita
semua," keluh hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir
selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala
Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan
goyah ketika turun dari mimbar. Disaat
itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang
hadir di sana pasti akan menahan
detik-detik berlalu. Matahari kian
tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah
masih tertutup. Sedang di dalamnya,
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan
keningnya yang berkeringat dan membasahi
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar
seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi
Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam,"
kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya
yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu
wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,
Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah
pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat
maut datang menghampiri, tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya. Kemudian dipanggilLah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut roh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di
hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan
suara yang amat lemah. "Pintu-pintu
langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu. Semua syurga
terbuka lebar menanti kedatanganmu,"
kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril
lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir,
wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar
Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan
syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata
Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya
Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh
Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat
lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit
sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat
Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut
ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat
rasa maut ini, timpakan saja semua siksa
maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis
shalati, wa maa malakat aimanuku" -
"Peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
dan Ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku,
umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya? Allahumma sholli 'ala
Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi...
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim
lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti
Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu
hanyalah fana belaka.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

• Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
• Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
• Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
• Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
• Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
• Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
• Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
• Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
• Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
• Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


1.     Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.     Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.     Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6.     Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.
7.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga.
8.     Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9.     Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 

10.     Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 

12.     Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
 

13.     Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 

14.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.     Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.     Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.     Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


rahsia pelajar cemerlang

Ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari?

BERDOA dan bersyukurlah dengan hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan.

MENJADI seorang yang cemerlang adalah idaman setiap pelajar. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada mentelaah buku semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa usaha lain.
Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari.
Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, memperbaiki diri sebagai insan dan sebagainya.




Tip membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang




  • Sentiasa berfikiran positif
  • Nyatakan matlamat
  • Menjaga kesihatan fizikal dan mental
  • Menjaga pemakanan
  • Cara belajar yang baik

KAEDAH belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda.
  • Bergaul dengan positif
  • Bersyukur
  • Bersedia untuk gagal
PELAJAR yang ramai kawan akan mempunyai pandangan yang lebih luas dalam pelajaran.
  • Hargai pendidik
  • Usaha yang seimbang

bahaya merokok di rumah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrlOr011H6japu7X4lVmFIhpC6uwUADfNT9vRhNMmKKxqvK8I07CuwDzVzOJ_Qs6db19tsR1y6g7vf66LuPpJY5Da3tzkZqEDcG-SH441TR5kJwzTepRhDdta67DDqzsYvLmYwdQZcDNI/s400/203067_f520.jpg

Each year, second hand smoke sends 7,500-15,000 children aged 18 months or younger to the hospital. Hundreds of thousands of children will develop respiratory tract infections from second hand smoke this year. Older adults and people with lung and cardiovascular diseases are also at higher risks of respiratory problems from cigarette smoke exposure.

Never let anyone smoke inside your home. The Surgeon General states that there is no safe level of secondhand smoke. Ask smokers to take it outside to protect the health of you and your family.

Sayangilah keluarga anda. Cegah sebelum parah.

cerita menakutkan..

Boikot Israel






Adakah kita tahu?

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa.
http://gie4cesc.files.wordpress.com/2008/08/posterv1.jpeg
Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.


Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan.

Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu.Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Ayat-ayat Cinta Ramadhan


1.Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquwwataillabillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah


:::::::::::::Amalkanlah Ayat-ayat cinta ni....pasti tenang jiwamu.....:::::::::::::

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir...
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu...
mendayu...
merayu...
kepada-NYA Tuhan yang satu...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu...
solat yang dikerjakan...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'...
tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri...
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji...
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu...
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja...
di setiap kesempatan juga masa yang terluang...
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu malammu engkau sibukkan dengan...
bertarawih...
berqiamullail...
bertahajjud...
mengadu...
merintih...
meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang...
mari kita meriahkan Ramadhan...
kita buru...
kita cari...
suatu malam idaman...
yang lebih baik dari seribu bulan...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir...
mempersiap diri...
rohani dan jasmani...
menanti-nanti jemputan Izrail...
di kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman...

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami...
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami...
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi...
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti...

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui...
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya...
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...
bersedia ...
meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu...
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami,
dosa sahabat-sahabat perjuangan kami,
dosa-dosa pemimpin agamaMu...
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

"Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

surah Al-Taubah ayat 24

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisKQY6ZXh7wsDgsINjYTaqFZZo6XCArOixrq5yuKgz0dvII8th77rTPxdGkMIjC1ZMSrllVjtQeVqa6y-xaO-k54-L6G-XYgGZIhdggQhUffjYGCbzRMfHwiGY5CUoTTht04kusRxrOwg/s400/uhBXKyxD1206569879175+copy.jpg

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (24)

IKLAN NUFFNANG

HB