NUFFNANG

Khamis, 15 Oktober 2009

Meraung Di Pintu Neraka ..

Sebagai makhluk yang bersifat baharu..
sampai masanya kita akan kembali jua
menemui Ilahi. Mungkin esok mungkin lusa
mungkin tahun hadapan malah mungkin
sebentar lagi. Bagaimanapun, mati
bukanlah akhiran kepada hidup kerana
apabila terpisah sahaja roh dari jasad..
bermula pula satu alam baru yang perlu
ditempuh. Itulah alam barzakh yang bakal
kita lalui kelak.

“Dan di belakang mereka itu barzakh
sampai hari kebangkitan” (Al-Mukminun :
Ayat100)

Barzakh meliputi kesemua perkuburan –
didalam tanah didalam api didalam perut
binatang buas atau hancur di dalam air.

Apakah sebenarnya yang akan kita tempuhi
di alam barzakh nanti? Itulah yang perlu
diketahui kerana sesungguhnya perjalanan
yang bakal dilalui selepas nyawa dicabut
Izrail amat menggetarkan. Ia menjadi
teramat indah jika kita hidup beramal
soleh tapi menjadi teramat menakutkan
jika menghabiskan hayat dengan maksiat
serta kemungkaran.

Sebuah hadith menyebut : “apabila mayat
dimasukkan ke dalam usungan dan dibawa
ke kubur.. maka ia tidak berdiam diri
sebaliknya berkata kata. Ucapannya
didengar oleh segala makhluk kecuali
manusia. Bagaimanapun.. ucapan itu
berbeza beza antara yang soleh.. yang
derhaka dan yang bergelumang dengan maksiat.

Kalau si mati seorang yang soleh..
dengan gembiranya ia berkata;
“Segerakanlah olehmu membawa aku ke
kubur!” Tidak sabar lagi ia menunggu
masa untuk menemui Ilahi dan mendapat
balasan nikmat dariNya. Sebaliknya jika
mayat itu semasa hidupnya suka membuat
mungkar.. dengan penuh ketakutan ia
bertanya; “Ke manakah kamu semua membawa
diriku ini?” Ketika itu, perasaan gerun
terhadap balasan seksa dari Allah
Azzawajalla sudah tidak dapat dibendung
lagi.

Seperti yang dinyatakan oleh Rasullullah
saw, alam kubur itu merupakan tahap
pertama untuk menuju akhirat. Ia tempat
yang amat indah.. tapi boleh juga
menjadi tempat yang paling menggerunkan.

Apabila mayat telah dimasukkan ke dalam
kubur.. maka tinggallah ia bersendirian
tanpa teman.. tiada lampu.. tiada
makanan dan minuman. Di saat itu barulah
ia mengetahui sama ada bakal ke syurga
atau neraka. Kalau ia calon syurga..
maka diperlihatkan kepadanya bayangan
syurga dan demukianlah sebaliknya.

Bagi calon ahli syurga.. dibukakan pintu
syurga untuknya bersama ucapan “Itulah
tempat tinggalmu dan apa sahaja yang
disediakan Allah di dalamnya.” Setiap
detik dipampangkan kepadanya keindahan
syurga. Sedikit pun mereka tidak bosan
menatapnya walaupun bertahun tahun di
dalam kubur menunggu tibanya kiamat.

Kuburnya juga akan diperluas dan
diterangi cahaya. Kemudian rohnya
dihimpunkan bersama roh roh para solehin
seumpama seekor burung yang berada di
sebatang pohon di syurga. Demikian
dijelaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Namun, orang orang yang kafir dan ingkar
akan menerima keadaan yang berlainan.
“Orang orang kafir itu disempitkan
kuburnya sampai remuk tulang
belulangnya. Demikian itulah kehidupan
yang sempit.. penuh dengan kecelakaan
dan kesengsaraan.” (Hadith riwayat
At-Tarmizi dan Ibnu Hibban) Di samping
itu.. si mati juga akan diazab dengan
api yang marak menyala.. ular serta
binatang buas.

Seksa kubur yang paling azab ialah yang
meninggalkan solat. Dalam sebuah kitab
ada menceritakan tentang seorang soleh
yang mengebumikan mayat abangnya. Ketika
menimbuskan mayat itu.. entah bagaimana
dompetnya terjatuh dan tertimbus.
Setelah pulang ke rumah barulah dia
tersedar akan kehilangan dompetnya itu.

Lalu ia kembali ke kubur dan menggalinya
semula. Setelah digali, dia terperanjat
apabila melihat ada api menyala di dalam
kubur abangnya. Lantas ditimbus semula
kubur itu dan pulang ke rumah.

Dia menceritakan kejadian tersebut
kepada ibunya.. kemudian bertanya;
“Wahai ibu, apakah yang telah dibuat
oleh abangku hingga kuburnya terdapat
api?” Ibunya bertanya kembali; “Mengapa
kamu bertanya begitu?”

Selesai dia menceritakan kejadian
tersebut.. ibunya menangis seraya
berkata; “Abangmu itu selalu meringan
ringankan sembahyang dan melambatkan
waktunya.”

Kalau orang yang melambatkan solat akan
mengalami hal seperti itu.. bayangkan
bagaimana orang yang tidak bersolat sama
sekali! Seksa kubur bukan sahaja berlaku
kerana dosa besar.. malah dosa kecil
sekalipun turut dihukum.

Kubur sesungguhnya menyimpan pelbagai
rahsia. Lebih menginsafkan.. kadangkala
ia dipertontonkan Allah kepada kita
dengan pelbagai cara dan bermacam macam
peristiwa. Ada yang menakutkan.. tetapi
ada juga yang menyeronokkan.

Sebagai orang yang paling akrab dengan
perkuburan.. setiap penggali kubur
menyimpan rahsia mereka sendiri.
Kebanyakkan mereka telah menyaksikan
bermacam macam kejadian aneh yang tidak
terjangkau oleh akal logik. Alangkah
bertuahnya mereka dapat menyaksikan
bukti bukti kebesaran janji Allah.

Bagaimanapun, apa yang disaksikan
berlaku pada mayat dan kubur bukan
semuanya seksaan Allah kepada jenazah.
Ada kalanya perkara perkara aneh yang
berlaku itu adalah untuk mengajaran
kepada manusia yang masih hidup.

Dalam kitab Al-Safinah al-Makhirah Ila
Al-Barzakh ada disebutkan bahawa apa
sahaja yang berlaku ke atas mayat dan di
dalam liang lahad adalah satu misteri.
Ia bertujuan memberi iktibar kepada
keluarga si mati serta manusia yang
masih hidup. Terimalah ia sebagai
tarbiah dan bukan dengan kegerunan serta
syak wasangka.

Luasnya Neraka


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah
kami,kedua ibubapa kami, isteri kami,
anak-anak kami, kaum keluarga kami
&semua orang Islam dari azab seksa api
nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk
menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak
pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA
ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah
taubat kami dan terimalahsegala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA
ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.
berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw
pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaanberubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku
melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang
kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orangyg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan
siksa kubur itubenar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum
ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail,
jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam, maka dinyalakanselama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahunsehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitamgelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg
mengutusengkau dengan hak, andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakarpenduduk dunia
semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu baju ahlineraka itu digantung di
antara langit dan bumi nescaya akan
matipenduduk bumi kerana panas dan
basinya. Demi Allah yg mengutus
engkaudengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut
dalamAl-Quran itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan
seorang dihujung barat tersiksa, nescaya
akan terbakar orang-orang yang di
hujungtimur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi,dan minumannya air
panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potonganapi. Api neraka itu ada
tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannyayang tertentu dari orang
laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah
pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah
kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya dibawah dari lainnya, dari
pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun,tiap pintu lebih panas dari yang
lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk
orang-orang munafik, dan orang-orang
ygkafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan
pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk
pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg
berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat." Maka nabi
s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar
keterangan itu,sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s.a.w. di
pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat kuyang
akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail
juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyangkemudian kembali
dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan
minta kepada Allah. (dipetik dari kitab
"PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih
boleh melakukan maksiatsedangkan kamu
tak dapat bertahan dengan panasnya terik
matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang
pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang
panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000
malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan
keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayat, sesudah
Kamiterangkannya kepada manusia di dalam
Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.



IKLAN NUFFNANG

HB