Sebagai makhluk yang bersifat baharu..
sampai masanya kita akan kembali jua
menemui Ilahi. Mungkin esok mungkin lusa
mungkin tahun hadapan malah mungkin
sebentar lagi. Bagaimanapun, mati
bukanlah akhiran kepada hidup kerana
apabila terpisah sahaja roh dari jasad..
bermula pula satu alam baru yang perlu
ditempuh. Itulah alam barzakh yang bakal
kita lalui kelak.
“Dan di belakang mereka itu barzakh
sampai hari kebangkitan” (Al-Mukminun :
Ayat100)
Barzakh meliputi kesemua perkuburan –
didalam tanah didalam api didalam perut
binatang buas atau hancur di dalam air.
Apakah sebenarnya yang akan kita tempuhi
di alam barzakh nanti? Itulah yang perlu
diketahui kerana sesungguhnya perjalanan
yang bakal dilalui selepas nyawa dicabut
Izrail amat menggetarkan. Ia menjadi
teramat indah jika kita hidup beramal
soleh tapi menjadi teramat menakutkan
jika menghabiskan hayat dengan maksiat
serta kemungkaran.
Sebuah hadith menyebut : “apabila mayat
dimasukkan ke dalam usungan dan dibawa
ke kubur.. maka ia tidak berdiam diri
sebaliknya berkata kata. Ucapannya
didengar oleh segala makhluk kecuali
manusia. Bagaimanapun.. ucapan itu
berbeza beza antara yang soleh.. yang
derhaka dan yang bergelumang dengan maksiat.
Kalau si mati seorang yang soleh..
dengan gembiranya ia berkata;
“Segerakanlah olehmu membawa aku ke
kubur!” Tidak sabar lagi ia menunggu
masa untuk menemui Ilahi dan mendapat
balasan nikmat dariNya. Sebaliknya jika
mayat itu semasa hidupnya suka membuat
mungkar.. dengan penuh ketakutan ia
bertanya; “Ke manakah kamu semua membawa
diriku ini?” Ketika itu, perasaan gerun
terhadap balasan seksa dari Allah
Azzawajalla sudah tidak dapat dibendung
lagi.
Seperti yang dinyatakan oleh Rasullullah
saw, alam kubur itu merupakan tahap
pertama untuk menuju akhirat. Ia tempat
yang amat indah.. tapi boleh juga
menjadi tempat yang paling menggerunkan.
Apabila mayat telah dimasukkan ke dalam
kubur.. maka tinggallah ia bersendirian
tanpa teman.. tiada lampu.. tiada
makanan dan minuman. Di saat itu barulah
ia mengetahui sama ada bakal ke syurga
atau neraka. Kalau ia calon syurga..
maka diperlihatkan kepadanya bayangan
syurga dan demukianlah sebaliknya.
Bagi calon ahli syurga.. dibukakan pintu
syurga untuknya bersama ucapan “Itulah
tempat tinggalmu dan apa sahaja yang
disediakan Allah di dalamnya.” Setiap
detik dipampangkan kepadanya keindahan
syurga. Sedikit pun mereka tidak bosan
menatapnya walaupun bertahun tahun di
dalam kubur menunggu tibanya kiamat.
Kuburnya juga akan diperluas dan
diterangi cahaya. Kemudian rohnya
dihimpunkan bersama roh roh para solehin
seumpama seekor burung yang berada di
sebatang pohon di syurga. Demikian
dijelaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Namun, orang orang yang kafir dan ingkar
akan menerima keadaan yang berlainan.
“Orang orang kafir itu disempitkan
kuburnya sampai remuk tulang
belulangnya. Demikian itulah kehidupan
yang sempit.. penuh dengan kecelakaan
dan kesengsaraan.” (Hadith riwayat
At-Tarmizi dan Ibnu Hibban) Di samping
itu.. si mati juga akan diazab dengan
api yang marak menyala.. ular serta
binatang buas.
Seksa kubur yang paling azab ialah yang
meninggalkan solat. Dalam sebuah kitab
ada menceritakan tentang seorang soleh
yang mengebumikan mayat abangnya. Ketika
menimbuskan mayat itu.. entah bagaimana
dompetnya terjatuh dan tertimbus.
Setelah pulang ke rumah barulah dia
tersedar akan kehilangan dompetnya itu.
Lalu ia kembali ke kubur dan menggalinya
semula. Setelah digali, dia terperanjat
apabila melihat ada api menyala di dalam
kubur abangnya. Lantas ditimbus semula
kubur itu dan pulang ke rumah.
Dia menceritakan kejadian tersebut
kepada ibunya.. kemudian bertanya;
“Wahai ibu, apakah yang telah dibuat
oleh abangku hingga kuburnya terdapat
api?” Ibunya bertanya kembali; “Mengapa
kamu bertanya begitu?”
Selesai dia menceritakan kejadian
tersebut.. ibunya menangis seraya
berkata; “Abangmu itu selalu meringan
ringankan sembahyang dan melambatkan
waktunya.”
Kalau orang yang melambatkan solat akan
mengalami hal seperti itu.. bayangkan
bagaimana orang yang tidak bersolat sama
sekali! Seksa kubur bukan sahaja berlaku
kerana dosa besar.. malah dosa kecil
sekalipun turut dihukum.
Kubur sesungguhnya menyimpan pelbagai
rahsia. Lebih menginsafkan.. kadangkala
ia dipertontonkan Allah kepada kita
dengan pelbagai cara dan bermacam macam
peristiwa. Ada yang menakutkan.. tetapi
ada juga yang menyeronokkan.
Sebagai orang yang paling akrab dengan
perkuburan.. setiap penggali kubur
menyimpan rahsia mereka sendiri.
Kebanyakkan mereka telah menyaksikan
bermacam macam kejadian aneh yang tidak
terjangkau oleh akal logik. Alangkah
bertuahnya mereka dapat menyaksikan
bukti bukti kebesaran janji Allah.
Bagaimanapun, apa yang disaksikan
berlaku pada mayat dan kubur bukan
semuanya seksaan Allah kepada jenazah.
Ada kalanya perkara perkara aneh yang
berlaku itu adalah untuk mengajaran
kepada manusia yang masih hidup.
Dalam kitab Al-Safinah al-Makhirah Ila
Al-Barzakh ada disebutkan bahawa apa
sahaja yang berlaku ke atas mayat dan di
dalam liang lahad adalah satu misteri.
Ia bertujuan memberi iktibar kepada
keluarga si mati serta manusia yang
masih hidup. Terimalah ia sebagai
tarbiah dan bukan dengan kegerunan serta
syak wasangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan